Tentang Kami

Diperbadankan pada tahun 2003, Glass Mechanic Sdn Bhd merupakan syarikat profesional dalam bidang pembaikan dan pemulihan cermin depan kenderaan. Dengan pengkhususan dalam membaiki dan membetulkan cermin depan ini, syarikat kami telah berkembang menjadi pembaik pulih yang diterima oleh pelanggan korporat dan pelanggan runcit  yang sangat luas rangkaiannya. Ini termasuklah beberapa nama besar antarabangsa syarikat penyewaan kereta, syarikat insurans kenderaan,  pusat servis auto francais dan syarikat pengangkutan awam.

Dari kereta sekecil Kancil hingga secanggih Rolls Royce, dan sesekali kereta se-eksotik Porsches dan Ferrari, kami telah mempunyai rekod prestasi dalam membaiki cermin depan kereta-kereta ini. Bagi memperluaskan lagi khidmat pembaikan kami dari hanya dalam industri permotoran sahaja, kami juga mempunyai khidmat pembaikan cermin bangunan di dalam skop perkhidmatan kami. Pada tahun 2007, kami telah mendapat kontrak dalam kerja-kerja pembaikan cermin depan untuk kereta api ekspres.

Oleh itu sama ada ia merupakan serpihan yang sangat kecil, lubang atau retakan yang kompleks, calar hasil dari pengelap cermin depan atau tercemar dari bahan kimia pada cermin depan anda, kami mempunyai kepakaran untuk memulihkan dan mengembalikan ia - ke keadaan se hampir mungkin dengan yang asal.

Bagi mendapat maklumat lanjut tentang khidmat dan kadar Syarikat, pelanggan bolehlah menghubungi kami di talian 03 7873 7873 atau email kami di enquiry@glassmechanic.com.my