Kerosakan Cermin Depan Kereta

Hampir semua kerosakan disebabkan oleh batu atau batu kerakal - terlantun dari tayar kenderaan di hadapan anda, mesin pemotong rumput ataupun jatuh dari lori yang membawa batu kerikil. Ia jatuh ke permukaan cermin depan anda semasa kelajuan yang tinggi dan impak tersebut memecahkan permukaan cermin di tempat berlakunya impak tersebut.  Malangnya, ia mungkin menyebabkan rekahan atau retakan dalaman cermin tersebut, yang mana ia akan mewujudkan satu lubang. Ia dapat dilihat dalam pelbagai bentuk dan yang paling sering berlaku seperti disenaraikan di bawah.

Lubang yang paling sering berlaku ialah 'Star ' atau Bintang. Berbentuk bintang, ia mempunyai dua atau lebih kaki retakan, merebak dari lekuk atau lubang tengah,  di mana ia mula-mula terkena hentaman.

     

Sejenis lagi lubang ialah 'Bulls Eye' atau Mata Lembu. Ia kelihatan sama seperti  buih udara di dalam cermin, di bawah lekuk tersebut. Dalam banyak kes ia berbentuk bulat, dan mungkin juga sesetengahnya membentuk separuh bulan.

     

Lubang Gabungan diberi nama hasil dari gabungan dua jenis rekahan iaitu Mata Lembu dan Bintang. Ia mempunyai ciri-ciri dan sifat kedua-dua lubang.

     

Retakan yang lebih menggerunkan berbanding dengan yang lain, ialah yang dinamakan 'Crack' atau Rekahan yang mana ia merupakan retakan memanjang atau linear yang terbuka di permukaan cermin. Ia cenderung untuk menular walaupun hanya dengan tekanan yang sedikit atau perubahan suhu yang kecil dan sering bermula dari satu lubang yang terjadi di tepi cermin depan.

     

Lubang atau rekahan boleh juga wujud dalam bentuk yang lebih kompleks, terjadi dalam bentuk dan corak yang banyak dan berbagai-bagai. Ia mungkin memerlukan usaha yang ekstrem untuk membaikinya dan mengambil masa yang panjang. Disebabkan oleh kerumitan kerosakan tersebut, maka ia diberi nama  Lubang Kompleks.

     

Retakan ini menyerupai sesawang yang boleh menyelubungi separuh cermin anda, pecahan ini disebabkan oleh sesuatu yang mempunyai permukaan yang bulat menghentam permukaan cermin dengan kuat. Ia mungkin disebabkan oleh kepala kanak-kanak, bola golf, kayu pemukul besbal atau topi keledar. Disebabkan oleh kerosakannya yang teruk, untuk membaikinya adalah tidak disyorkan di dalam kes ini. Ia hanya melibatkan kurang 1% daripada kerosakan yang biasa kita lihat pada cermin depan kereta.        

Cermin depan sumbing adalah kerosakan yang paling biasa terjadi pada cermin depan kereta anda. Ini terjadi apabila satu keping kaca dibuang kerana terkena hentaman batu atau batu kerakal, tanpa sebarang retakan dalaman atau pecah pada cermin depan tersebut. Hanya pemulihan di permukaan cermin diperlukan dalam kes ini. Jika ia dibiarkan tidak dibaiki, ia akan mengakibatkan kerosakan pada mata pengelap cermin depan.