Standard

Walaupun tiada standard yang mengawal pembaikan cermin automotif berlamina di Malaysia, kita masih mematuhi ROLAGS ( Repair Of Laminated Automotive Glass Standard )  yang dikeluarkan oleh Institut Piawaian Kebangsaan Amerika.

Prinsip dan garis panduan dalam kerja-kerja pembaikan yang telah ditentukan di dalam Standard ini boleh dilakukan pemeriksaannya di pejabat kami.

Standard lain yang serupa wujud di tempat-tempat lain di dunia seperti Standard Britain  BS AU 251:1994 United Kingdom dan AS/NZS 2366:1999 di Australia dan New Zealand.

Standard untuk penggantian cermin depan semakin menjadi teramat penting dalam aspek keselamatan kenderaan. Memandangkan akan akibat dari ketidak-pematuhannya kepada nyawa penumpang, standard seperti ini dapat memastikan jika penggantian sememangnya perlu dan tidak dapat dielakkan, pemasangan yang selamat wajib diberikan kepada pelanggan. Standard ini telah wujud lebih awal lagi di dalam industri auto Amerika Syarikat dan negara-negara maju yang lain. Di Malaysia, kita masih lagi belum menghargai nilainya.