Faedah Membaik Pulih

Sejak kebelakangan ini, penggunaan kaca berlamina yang meluas dan sering kali menjadi mandatori untuk cermin depan kenderaan telah menjadikan pembaikan cermin ini satu pasaran yang besar di dalam industri perkhidmatan auto. Semasa zaman cermin depan menggunakan 'kaca yang diwajakan' dahulu, kerja-kerja pembaikan tidak wujud. Sekarang, dengan bertambahnya kesedaran tentang keselamatan dan kemudahan untuk membaiki, penggantian cermin selalunya dianggap tidak perlu dan tidak praktikal.

Fikirkanlah faedahnya dari segi:

Masa - kerja-kerja pembaikan biasanya mengambil masa kurang dari satu jam, manakala penggantian cermin memakan masa sepanjang hari. Jika masa yang diambil kurang dari sehari mungkin menyebabkan kereta anda tidak selamat untuk dipandu.

Wang -  kerja pembaikan hanya akan menelan belanja sebahagian kecil dibandingkan dengan kos penggantian. Lebih besar kereta anda, lebih besar lagilah perbezaannya!

Jimatkan kepingan tinted anda - lebih banyak wang dapat dijimatkan ketika anda mengekalkan kepingan tersebut jika cermin depan cuma dibaiki. Sebaliknya, anda akan membuang kepingan tinted ini jika anda membuang keseluruhan cermin depan anda.

Memelihara dan tidak menjejaskan keadaan baik cermin depan asal anda -  Memang benar, kami tidak perlu menanggalkan cermin depan anda untuk kerja-kerja pembaikan. Ini bermakna tiada langsung risiko berlaku kebocoran air atau udara yang mana ia akan mengakibatkan penghakisan dan kemudiannya akan melibatkan isu keselamatan.  

Kami jamin kerja-kerja pembaikan kami -  Sepanjang hayat. Oleh itu selagi anda memiliki kereta anda itu, kami bertanggungjawab untuk membetulkan atau mengemaskan sebarang kecacatan atau kerosakan yang mungkin wujud kemudiannya tanpa sebarang kos tambahan dari anda. Jika kerja-kerja pembetulan tersebut masih tidak memuaskan hati anda, duit anda akan dipulangkan! Adakah anda akan mendapat tawaran yang sama dalam kerja penggantian cermin, walau dari sesiapa pun?

Akhir sekali, jika anda mempunyai polisi insurans untuk cermin depan, kami ada beberapa sebab tambahan lagi untuk anda:

Tiada bayaran pendahuluan - jika anda mempunyai insurans dengan mana-mana syarikat insurans yang menjadi ahli gabungan kami. Ya, tanpa wang tunai.

Tiada wang tambahan - disebabkan kos pembaikan kami tidak akan melebihi harga cermin depan. Maka anda tidak perlu bimbang lebih-lebih lagi jika cermin anda diinsuranskan.  

Tiada Pengembalian Semula Polisi - Dengan perubahan dalam Endorsement 89 , kini anda boleh membuat tuntutan sebahagian dari polisi anda untuk pembaikan tanpa kehilangan NCD atau mengalami penamatan polisi. Tuntutan anda akan hanya mengurangkan jumlah yang diinsuranskan mengikut jumlah yang dituntut.

Dibenarkan membuat beberapa kali tuntutan - dengan perubahan terkini ini  juga, anda berhak membuat beberapa kali tuntutan terhadap polisi yang sama.

Tuntutan yang mudah - di dalam banyak kes-kes kami, ia melibatkan kertas kerja yang minimum atau tiada langsung bagi mereka yang mempunyai polisi insurans. Kami akan mengendalikan penyerahan tuntutan. Malah tanpa melibatkan ejen insurans anda.