Melindungi Alam Sekitar

Hari Alam Sekitar Sedunia
5 June, 2012

Setiap tahun, rakyat Malaysia membuang lebih 3,000,000 kg kaca dari cermin depan ke dalam tanah. Implikasinya dari segi kewangan melibatkan sebanyak RM200 juta dan ia dibuang begitu sahaja. Dari segi alam sekitar pula, ia melibatkan dimensi yang seterusnya.

Ramai orang menganggap bahawa kaca hanyalah kaca dan ia boleh dikitar semula. Sebenarnya, hampir kesemua cermin depan pada hari ini adalah jenis berlamina - dua lapisan kaca dengan kepingan polyvinyl butyral di tengah-tengahnya. Kepingan plastik inilah yang menyebabkan kaca ini tidak boleh di kitar semula - sekurang-kurangnya ia tidak munasabah dari segi ekonomi untuk di kitar semula. Maka hanya ada satu cara untuk menghapuskan kaca dari cermin depan yang tidak dikehendaki ini iaitu dengan menanamnya ke dalam tanah.

Malangnya, kaca dari cermin depan ini tidak akan biorosot - berubah semula kepada keadaan semulajadi (biodegradable). Ia kekal di dalam tanah berkurun-kurun lamanya! Untuk lebih tepat lagi, di dalam hanya satu negeri di Amerika Syarikat iaitu Oregon, telah terdapat 30 juta metrik tan kaca cermin kereta tertanam di dalam tanah. Kita semua setuju bahawa pokok tidak akan tumbuh di atas kaca.

Sebagai penghuni Bumi yang bertanggungjawab, mari kita melangkah ke depan  dengan penuh makna ke arah pemeliharaan alam sekitar supaya generasi yang akan datang boleh memperoleh tempat yang lebih baik untuk mereka tinggal. Permintaan kami sangat mudah - jangan membuang sewenang-wenangnya cermin depan anda hanya kerana terdapat satu lubang. Lebih dari 90% peluang ia boleh dibaiki. Kita boleh sama-sama berubah.

Kilang membuat cermin depan sendiri menggunakan jumlah tenaga yang sangat banyak. Ia menghasilkan sisa perlombongan dan juga mencemarkan udara. Oleh itu setiap kali anda membuang cermin depan kereta, dan memasang dengan cermin yang baru, anda akan mewujudkan permintaan baru untuk meningkatkan industri pembuatannya.

Bagi setiap cermin kereta rosak yang anda hantar untuk dibaiki maka kurangnya satu cermin yang akan dibuang ke dalam tanah. Dalam masa beberapa tahun ini kami telah membaiki cermin-cermin kereta yang pecah, kami telah dengan secara tidak langsung menyelamatkan ribuan cermin dari ditanam ke dalam tanah. Untuk itu kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap pelanggan kami kerana mengambil inisiatif ini.

Semoga kehidupan anda dalam keberkatan. Anda adalah Rakan Bumi yang sebenar.