Jaminan Hayat

Kerja-kerja pembaikan kami disertakan dengan jaminan sepanjang hayat  daripada terjadinya retak di masa akan datang, luntur dan kemerosotan di tempat yang telah dibaiki.

Amatlah penting supaya kerosakan cermin depan dapat dibaiki secepat mungkin, kerana pendedahan kepada elemen-elemen luaran boleh mencemari tempat yang rosak itu. Dalam kes di mana cermin tersebut retak, pencemaran boleh menjadikan ia bertambah teruk terutamanya apabila pengelap cermin depan (wiper) menyapu kotoran, minyak gris dan debu masuk ke dalam lubang retak tersebut semasa hari hujan.

Kami juga menasihati pelanggan kami bahawa dengan menggunakan bahan pencegah air (contohnya Rain-X) ia akan menyebabkan pembaikan itu tidak efektif kerana pencegah ini bukan sahaja menangkis air tetapi juga resin atau damar yang kami gunakan untuk kerja-kerja pembaikan.