Perubahan dalam Insurans Cermin Depan Kenderaan

Endorsement 89

Sejak 17 Julai, 2006 telah berlaku banyak perubahan di dalam perlindungan insurans cermin kereta mengenai hal tuntutan-tuntutan yang dibuat.  Sebelum tarikh ini, semua tuntutan yang dibuat ke atas insurans cermin kereta secara efektif membatalkan perlindungan anda dan mengharuskan anda membuat pengembalian semula polisi cermin dengan cara membayar premium sebanyak 15% dari jumlah yang di insuranskan.

Dengan pindaan yang terbaru kepada Endorsement 89, ia telah membolehkan tuntutan dibuat terhadap polisi anda untuk membaiki cermin depan tanpa mengakibatkan  penamatan polisi. Malah anda masih dapat menikmati perlindungan - hanya jumlah yang anda insuranskan akan berkurangan oleh jumlah yang dituntut dan juga tuntutan-tuntutan kemudiannya dalam tempoh polisi anda.

Pada Mac 2007,  hasil usaha pejabat Persatuan Insurans Am Malaysia, PIAM dan kelulusan dari Bank Negara,  pindaan yang selanjutnya telah dibuat bagi membolehkan pihak yang di bawah perlindungan insurans mempunyai pilihan, untuk menambah atau membuat pengembalian semula bagi jumlah yang diinsuranskan dengan membayar premium 15% dari tuntutan yang dibuat. Sebagai contoh, jika anda membuat tuntutan pembaikan sebanyak RM200 ke atas polisi anda yang berjumlah RM2000, anda boleh membayar premium sebanyak 15% dari RM200 yang dituntut (RM30) untuk pengembalian semula polisi anda kepada RM2000 semula. Jika tidak, perlindungan anda masih berterusan tetapi jumlah yang diinsuranskan akan menjadi RM1800 bagi baki tempoh masa yang seterusnya.

Bagaimana Anda Membuat Tuntutan?

Di Glass Mechanic, anda tidak perlu membuat apa-apa jika anda di bawah perlindungan insurans dengan mana-mana syarikat insurans yang menjadikan kami sebagai syarikat pembaikan yang sah oleh mereka. Kami akan membuat pengesahan jumlah lindungan, mengambil gambar sebelum dan selepas ia dibaiki, memulihkan cermin anda se hampir mungkin dengan keadaan asal dan akan menyediakan kertas kerja yang diperlukan. Bagaimanapun, anda masih perlu menandatangani borang tuntutan dan surat pelepasan dalam sesetengah kes.

Oleh sebab itu, anda hanya perlu membawa kereta anda ke tempat kami, atau jika ini tidak boleh dilakukan, hubungi perkhidmatan bergerak kami, dan anda tidak perlu lagi untuk pergi ke pusat ATM sebelum itu.

Paranoia dalam membuat tuntutan-tuntutan insurans akan lenyap apabila anda membaiki kerosakan cermin depan anda di tempat kami. Di Glass Mechanic, kami tidak memerlukan wang tunai, anda tidak perlu membuat wang pendahuluan, memerlukan kertas kerja yang minimum, cepat, tiada penambahan perbelanjaan, tiada pengembalian semula polisi dan anda juga dapat mengekalkan cermin asal anda dalam keadaan yang tidak terjejas memberikan ia suatu tahap keselamatan yang mana sebaliknya jika penggantian cermin dilakukan ia tidak akan dapat memberikan jaminan yang sama jika kualiti kerjanya tidak baik.

Adakah anda tahu?

Massachusetts, USA mempunyai undang-undang insurans bahawa kerja-kerja pembaik pulih cermin depan adalah diwajibkan bagi lubang yang kurang dari satu inci diameter atau retakan kurang dari enam inci panjang. Rasa bimbang tentang keselamatan meningkat akibat dari kerja-kerja penggantian cermin yang teruk dan telah menyebabkan Pesuruhjayanya menggubal arahan ini.