Keselamatan Cermin Depan Kereta

Cermin depan melindungi penumpang kereta dalam 3 perkara yang kritikal:

Ia merupakan bahagian kereta yang penting yang memberi sokongan struktur kepada badan kereta terutamanya kepada bumbung. ( more )

Ia merupakan komponen yang kritikal bagi Sistem Kawalan Keselamatan (SRS) sesebuah kereta yang mana ia termasuk tali pinggang keledar dan beg udara. ( more )

Ia memberi sokongan dalam perkembangan beg udara penumpang. ( more )

Cermin depan asal yang dipasang di kilang memerlukan daya yang paling minimum 1500 pound bagi setiap inci persegi (psi) untuk menanggalkannya dari badan sesebuah kereta. Sekali pengedapan cermin asal ini dibinasakan dan satu gantian cermin depan dipasang, kekuatan asal tersebut tidak dapat lagi dijamin.

Pemasangan yang tidak betul adalah kerana berbagai-bagai sebab, bermula dari pengendalian yang tidak betul, pencemaran di permukaan, bahan pelekat yang salah, proses pengeringan atau setting yang tidak cukup, dan lain-lain. Hasil dari pemasangan yang tidak betul akan menyebabkan kebocoran air, kemasukan udara, dan paling teruk karat dan kakisan.

Kami sertakan galeri 'gambar yang menjengkelkan' dikumpulkan dari kes sebenar penggantian cermin depan yang teruk - apa yang anda tidak akan nampak hinggalah apabila ia sudah terlambat.

     

 

    

 


 

Cermin depan memberi sokongan struktur kepada badan kereta terutamanya kepada bumbung

Ia memberi sokongan kepada keutuhan struktur badan kereta di bahagian sokongan bumbung. Tahap keutuhan dikekalkan dengan pemasangan asal cermin depan dari kilang. Menanggalkan yang asli dan memasang dengan yang baru bakal mengundang pelbagai masalah. Dalam kata lain, banyak perkara boleh merosakkan keadaan, dan menambah kemungkinan pemasangan yang mencurigakan.

Kenderaan Terbalik
Pentadbiran Trafik & Keselamatan  Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) melaporkan pada tahun 2002, lebih dari 30% kematian dalam kemalangan jalan raya disebabkan oleh kenderaan yang terbalik. Apa terjadi apabila kenderaan terbalik? Berat kereta bersama dengan enjinnya dan semua penumpang ditanggung oleh bumbung.

Keruntuhan Bumbung
Hari ini terdapat banyak model kereta yang terbaru, dan dilengkapkan dengan SUV (Sports Utility Vehicle) atau kenderaan yang mempunyai kebergunaan lasak, cermin depannya sangat luas dengan saiz yang lebih besar. Perhatikan tiang tradisi berbentuk A yang menjadi penyokong bumbung tidak lagi digunakan pada kereta model terbaru.  Oleh itu, apa yang menyokong bumbung? Cermin depan. Dengan  syarat ia dipasang dengan kukuh kepada badan kereta, cermin depan yang berlamina (laminated) merupakan tiang struktur yang menjadi penyokong bumbung kereta. Jika ia dipasang tidak kemas, dan kemudian akan tanggal, bumbungnya akan runtuh dengan berat kereta tersebut. Kecederaan kepala yang serius dan kematian telah dilaporkan terjadi akibat dari keruntuhan bumbung kereta.

SUV terbalik dengan bumbungnya di bawah. Perhatikan bumbungnya tidak runtuh. Gambar dari The Star, 8 Januari, 2007.



Cermin tertanggal akibatkan bumbung kereta runtuh

Atas

 


 

Cermin Depan merupakan salah satu Sistem Kawalan Keselamatan

Mungkin komponen yang paling sering diperkatakan dalam Sistem Kawalan Keselamatan adalah tali pinggang keledar. Undang-undang telah termaktub menjadikan ia wajib untuk pemandu dan penumpang hadapan memakainya semasa berada di dalam kereta. Dalam sebarang perlanggaran, tali pinggang keledar dapat memberi perlindungan tahap pertama.

Satu lagi komponen kritikal SRS ialah beg udara. Ia telah menjadi aksesori standard  untuk semua kereta baharu.

Komponen yang ketiga dan sering tidak diendahkan adalah cermin depan. Di sini apa yang kami maksudkan hanyalah  cermin depan yang berlamina, yang mana ia dipasang pada semua kereta baharu dari kilang.

Dalam kemalangan yang bertembung depan sama depan, cermin depan bertindak sebagai perisai daripada penumpang tercampak keluar. Terlalu banyak laporan kemalangan menyebut bahawa penumpang telah tercampak keluar dari kereta. Cermin depan sepatutnya bertindak sebagai jaring keselamatan. Malah lapisan polybutyral di dalam cermin berlamina-lah yang menghalang seseorang atau sesuatu dari tercampak keluar melalui cermin depan. Pastinya cermin tersebut akan pecah, tetapi lapisan plastik itu akan kekal kukuh. Kemungkinan berlakunya kecederaan teruk atau kematian adalah lebih rendah jika penumpang  dihalang dari tercampak keluar dari kereta - di mana lori mungkin berada di hadapan, atau sebuah kereta lain, sebatang pokok atau batu keras di permukaan jalan.

cermin depan yang pecah berkecai keseluruhannya masih bertindak sebagai
jaring keselamatan menghalang penumpang dari tercampak keluar dari kereta.

Atas

 


 

Cermin Depan menyokong dalam menentukan kedudukan beg udara untuk penumpang

Jika anda perhatikan dengan teliti tempat atau penutup ruang penyimpan beg udara untuk penumpang di dalam kebanyakan kereta,  biasanya ia akan berada hanya beberapa inci dari cermin depan. Sememangnya beg udara bagi pemandu berada di stering  itu sendiri dan ini menyokong kedudukan beg udara bagi pemandu itu, tetapi kepada si penumpang dia masih terdedah kepada bahaya.

Bayangkan jika berlaku perlanggaran bertembung depan sama depan - beg udara terbuka, dada penumpang akan menghentam ke hadapan ke beg udara tersebut dan cermin depan terbang keluar! Ia tak mungkin terjadi? Ya, ia boleh terjadi, jika cermin depan pernah diganti sebelum ini dan kerja pemasangannya tidak dilakukan dengan betul. Jika cermin depan adalah dari pemasangan asal di kilang, kemungkinan untuk ia terjadi adalah kosong. Sekali cermin tersebut ditanggalkan, SRS secara langsung gagal untuk menjadi pelindung kepada penumpang termasuk penumpang belakang dari tercampak keluar.

    

" Setelah cermin depan diganti, tiada sebarang ujian yang boleh diyakini untuk memastikan jika cermin depan dipasang dengan betul atau selamat"                         

Leo Cyr
Naib Presiden
Persatuan Kaca Kebangsaan
Bahagian Cermin Auto
USA

 

Tahukah Anda?

Penggantian cermin depan di Amerika Syarikat hanya boleh dilakukan oleh juruteknik yang ditauliahkan oleh Persatuan Kaca Kebangsaan, Amerika Syarikat.

ANSI/AGRSS 002-2002 Piawaian Keselamatan Penggantian Cermin Automotif  mengawal industri penggantian cermin di Amerika Syarikat. Malangnya, di Malaysia, kita masih belum mula untuk memahami akan kepentingan ini. 

ANSS/AGRSS 002-2002

Atas